top of page

pencegahan awal risiko terkena penyakit "3 serangkai".

 Jumlah pesakit jantung di negara ini dijangka meningkat sebanyak tiga peratus menjadikannya kepada 28 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Ketua Unit Kardiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Datuk Dr. Wan Azman Wan Ahmad.

Malaysia diiktiraf sebagai negara dengan kadar kegemukan tertinggi di Asia Tenggara dan menduduki tangga 20 tempat teratas dalam kalangan negara yang memiliki penduduk paling gemuk di dunia.

Hasil kajian Kementerian Kesihatan juga mendedahkan dua daripada lima dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk.

Rekod INSTITUT JANTUNG NEGARA (IJN) mencatatkan  2.2 juta kunjungan pesakit luar dan kira-kira 238,453 pesakit menginap di IJN dalam tempoh 22 tahun lalu.

Statistik menunjukkan bahawa IJN ketika ini mengendalikan lebih 3,800 pembedahan jantung dan 10,000 prosedur dalam setahun.

"

  • b-facebook
  • Twitter Round
  • b-googleplus
bottom of page